Selamat Datang ke Komuniti Kadayan Sejagat. Seperti yang di janjikan, blog rasmi KKS akan berhijrah ke tajuk dan url baru mulai hari Isnin, 14 December, 2009. Pihak pentadbiran blog rasmi KKS memohon maaf kerana terdapat beberapa kekurangan yang masih didalam proses dikemaskini. "Header" blog ini masih belum diubahsuai kerana menunggu logo rasmi KKS yang sedang didalam proses pindaan ke ejaan yang baru. Selamat melayari blog Komuniti Kadayan Sejagat.
Disamping itu pihak kami juga menyeru kepada paadian-paadian semua untuk memberi maklumbalas terhadap isu-isu yang berkepentingan demi pembangunan bangsa Kadayan. Ini meliputi perkara-perkara berkaitan pelajaran, ekonomi, sosial, warisan budaya, peluang-peluang pekerjaan, latihan dan kursus, dan sebagainya.
Pada hemat saya, isu yang mustahak ditangani pada masa ini ialah kaedah menyeragamkan ejaan bahasa Kadayan supaya ianya dapat ditutur dan ditulis sama seperti bahasa Kadazandusun di Sabah dan Iban di Sarawak. Kedua-dua bahasa tersebut telah digunakan di akhbar-akhbar tempatan dan saya perhatikan mereka lebih awal menyeragamkan ejaan-ejaan bahasa mereka.
Sekiranya paadian-paadian mempunyai cadangan untuk merealisasikan perkara ini sila sampaikan cadangan-cadangan paadian ke email 1kadayan@gmail.com atau mesej kepada penasihat, creator atau pegawai-pegawai lain melalui facebook supaya satu format pendekatan dapat dirangka dalam masa yang terdekat ini. Sekian dan salam hormat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adih mbaiee kasihan jua Admin @ Tangah Samat mbaike/mbuat bahaau blog atu eh...Ngah alang2 nyaluk jauk (Pakasam) bia sampai kesiku yah....he he he
ReplyDeleteTaima kasih lai. Yang sabanaanya inda sampai 45 minit ku mbuat blog anie sabab url dan emailnya sudah ku daftar awal. tinggal ngisiee nganya. Amun sudah mahiee inda payah lai.
ReplyDeleteTahniah dan syabas , baahu tah ku tajumapa ada jua upanya blog org kadayan. Syabas semoga usaha ini akan mendapat menafaatnya untuk semua org kadayan
ReplyDeleteTahniah kepada penasasnya.
aku 100% nyokong ejaan KADAYAN digunakan dalam blog KKS - aku rasa bangga dan kagum dalam usaha padiaan2 ani dan ku ucapkan syabbas dan tahniah!
ReplyDelete