Thursday, December 31, 2009
PERUTUSAN TAHUN BARU 2010 OLEH PENASIHAT KOMUNITI KADAYAN SEJAGAT
Abdul Samat bin Kasah,
Penasihat,
Komuniti Kadayan Sejagat
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين القائل لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة
والصلاة والسلام على سيّدنا محمد القائل إنما بعثت لأتمم مكارم الاخلاق
وعلى اله وصحبه ومن اتبع هداه الى يوم الدين
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. dan segala salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Saya bagi pihak pentadbiran FB dan Blog Rasmi Komuniti Kadayan Sejagat (KKS) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada semua ahli FB KKS dan pelawat-pelawat blog ini.
Seperti yang kita sedia maklum Jaringan Sosial facebook Komuniti Kadayan Sejagat telah ditubuhkan pada 28 Oktober, 2009 bersamaan 9 Zulkaedah 1430. Ini bermakna Jaringan Sosial FB KKS ini baru berusia dua bulan berakhirnya tahun 2009. Dalam usia yang begitu muda atau dalam kata lain masih didalam peringkat ‘beta’ (beta stage), jaringan sosial ini telah menempa beberapa sejarah penting didalam penubuhannya.
Kita semua wajar berterima kasih kepada Paadian Sabran Mamit, sebagai pengasas bersama dengan pasukannya yang terdiri dari generasi muda Kadayan kerana telah berani mengwujudkan jaringan sosial seperti ini.
Inisiatif ini merupakan julung-kalinya diketengahkan dalam bentuk dan format yang menepati perkembangan teknologi internet yang tidak syak lagi menjadi paksi dalam mencapai objektif pengwujudan Komuniti Kadayan Sejagat. Teknologi internet amat berkuasa dan mampu untuk mencipta jaringan bangsa Kadayan yang sebelum ini tidak terlintas difikiran kita. Sesiapa juga yang menyertai jaringan FB KKS akan mempelajari sesuatu yang baru setiap hari khususnya dari aspek bahasa dan budaya bangsa. Selama ini kita mengambil pendirian mudah bahawa bangsa Kadayan mempunyai bahasa yang sama walaupun dimana mereka berada. Namun setelah menyertai jaringan FB Komuniti Kadayan Sejagat, persepsi tersebut agak meleset kerana terdapat perbezaan ungkapan kata-kata yang ketara diantara Kadayan, Sarawak, Sabah dan Negara Brunei Darusalam.
Saya percaya paadian-paadian sekalian masih ingat iaitu pada hari Sabtu, 12 Disember, 2009 FB Komuniti Kadayan Sejagat telah mencatat keahlian berdaftar yang ke 500 orang. Paadian Yasmin Zaini telah diisytiharkan sebagai ahli FB KKS yang ke 500.
Pada keseokan harinya iaitu pada hari Ahad, 13 Disember, 2009, blog rasmi Komuniti Kadayan Sejagat telah mencatat jumlah lawatan (hits) yang ke 1000. Disamping itu, pada hari yang sama keputusan undian ‘Kedayan atau Kadayan?’ telah dimuktamadkan dengan Kedayan memperolehi sebanyak 18 undi dan Kadayan pula memperolehi sebanyak 39 undi. Ini bermakna perkataan Kadayan telah dipersetujui penggunaannya bagi tajuk jaringan sosial Komuniti Kadayan Sejagat di facebook, blog rasmi, url blog rasmi dan logo rasmi Komuniti Kadayan Sejagat.
Sehubungan dengan keputusan diatas, pihak pentadbiran FB Komuniti Kadayan Sejagat dan Blog Rasmi Komuniti Kadayan Sejagat telah melaksanakan perubahan yang telah dipersetujui pada jam 00:01 HRS 14 Disember, 2009. Pihak pentadbiran blog rasmi Komuniti Kadayan Sejagat telah membuat keputusan untuk mengekalkan URL blog rasmi KKS yang asal iaitu http://komunitikedayansejagat.blogspot.com/ kerana ia merupakan titik sejarah penting didalam penubuhan blog berkenaan. Walaubagaimana pun blog berkenaan tidak akan dikemaskinikan.
Pada masa dan tarikh yang diatas, blog rasmi Komuniti Kadayan Sejagat telah berhijrah ke URL baru iaitu http://komunitikadayansejagat.blogspot.com/ atas tajuk KOMUNITI KADAYAN SEJAGAT. Selain daripada itu pentadbiran Komuniti Kadayan Sejagat juga telah membuat keputusan untuk menggunakan ‘Inda Majal Inda Luih’ sebagai motto atau ‘tagline’ bagi jaringan sosial FB Komuniti Kadayan Sejagat dan Blog Rasmi Komuniti Kadayan Sejagat.
Pada hari Rabu, 23 Disember, 2009 FB Komuniti Kadayan Sejagat telah mencatat dua lagi peristiwa bersejarah apabila ahli berdaftar telah mencapai 600 orang dan blog rasmi Komuniti Kadayan Sejagat telah mencatat lawatan (hits) yang ke 2,000.
Semua peristiwa penting diatas dicatatkan didalam perutusan tahun baru 2010 bukan bertujuan untuk bermegah-megah atas kejayaan yang telah dicapai oleh FB Komuniti Kadayan Sejagat dan blog rasmi KKS tetapi pihak pentadbiran menganggap semua peristiwa tersebut adalah penting dan bakal menjadi sebahagian dari sejarah penubuhan FB Komuniti Kadayan Sejagat dan blog rasmi KKS buat rujukan generasi Kadayan akan dating.
Saya sebagai Penasihat kepada Komuniti Kadayan Sejagat amat sukacita melihat perkembangan yang berlaku khusunya di FB Komuniti Kadayan Sejagat. Setiap hari ada saja ahli yang berkunjung ke jaringan sosial Kadayan ini dengan membawa pelbagai topik untuk dibincangkan bersama. Didalam pengamatan saya, topik-topik yang telah dibincangkan meliputi perkara-perkara seperti berikut: -
1. Bahasa Kadayan
2. Warisan budaya
3. Majlis-majlis tradisi
4. Persenjataan tradisi
5. Makanan tradisi
6. Kesihatan & perubatan tradisional
7. Peribahasa
8. Pantun
9. Jenaka
10. Teka-taki
11. Lagu
12. Adat resam
13. Buah-buahan, kulat, ulam-ulaman dan sayur-sayuran
14. Permainan (sambung ayat, sambung cerita dll)
Selain daripada itu FB KKS juga telah memiliki 98 gambar photo, 6 klip video dan 22 links. Gambar-gambar foto yang diposkan didalam FB Komuniti Kadayan Sejagat terdri dari pelbagai imej yang berkaitan dengan bangsa Kadayan, peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh ahli-ahli FB Komuniti Kadayan Sejagat dan sebagainya. Klip-klip video yang diposkan setakat ini terdiri dari lagu-lagu Kadayan, sejarah dan pelancungan. Links-links yang diposkan pula meliputi blog-blog peribadi, kumpulan komuniti, dll.
Andai kata FB KKS ini boleh mengeluarkan audio, saya boleh bayangkan betapa meriahnya suasana diiringi dengan lagu-lagu Kadayan, loghat-loghat Kadayan yang berbeza, lawak jenaka yang mencuit hati dan perasaan, bait-bait pantun seloka yang indah belaka dan permainan yang menghibur hati dan perasaan. Jelas sekali suasana kedamaian dan keharmonian terpancar bagaikan pancaran ‘laser’ yang menembusi awan.
Namun disebalik kedamaian dan keharmonian itu terdapat juga suara-suara “NGAMBAYAU” yang kita tidak pasti akan maksud, tujuan dan perkhabaran yang ingin disampaikan. Saya yakin apa juga cabaran dan rintangan yang telah dan bakal ditempuhi oleh FB Komuniti Kadayan Sejagat mempunyai rahmat disebaliknya.
Matlamat dan halatuju Komuniti Kadayan Sejagat telah dijelaskan di FB Komuniti Kadayan Sejagat iaitu “Mangumpul Suku Kadayan Di Saluuh Dunia”. Apabila Komuniti Kadayan Sejagat dapat berfungsi sebagai hub pertemuan dan perjumpaan terbesar bangsa Kadayan, saya yakin jaringan sosial ini akan mampu merealisasikan hasrat dan aspirasi bangsa Kadayan yang maju, berwawasan dan bertamadun tinggi.
Saya yakin pada tahun 2010 Komuniti Kadayan Sejagat akan dapat menyaksikan pertambahan keahlian yang mendadak. Pihak pentadbiran Komuniti Kadayan Sejagat juga amat mengharapkan inisiatif dari semua ahli FB Komuniti Kadayan Sejagat untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 5 orang ahli baru bagi setiap ahli berdaftar pada tahun 2010. Saya percaya inisiatif yang dicadangkan tidaklah amat sukar untuk dilaksanakan dan Insya Allah pada tahun 2010 kita akan menyaksikan tumbesaran Komuniti Kadayan Sejagat dalam suasana yang sihat.
Pihak pentadbiran Komuniti Kadayan Sejagat juga telah mencadangkan projek kecil tetapi berimpak maksima bagi tahun 2010. Projek yang dicadangkan ialah untuk mengwujudkan satu blog bagi setiap kampung Kadayan. Sila klik disini untuk mengetahui perincian projek tersebut.
Sebelum saya mengakhiri perutusan Tahun Baru 2010 ini, saya bagi pihak pentadbiran Komuniti Kadayan Sejagat ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua ahli FB Komuniti Kadayan Sejagat diatas apa juga kepincagan, kelemahan, terlanjur bahasa yang telah menyinggung perasaan paadian-paadian dalam tempoh kita bersua dialam maya / siber ini. Yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kami semua. "UNITED WE STAND DIVIDED WE FALL"
Selamat Menyambut Tahun Baru 2010.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarrakatuh.
Ikhlas dari saya,
ABDUL SAMAT BIN KASAH
Penasihat
Komuniti Kadayan Sejagat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap2 KKS terutama CREATOR/PENASHAT agar Membuka LUAS lagi skop Pendangan minda dan pemikirn kearah menyahut cebaran Dunia masa kini...Jangan sempitkan pola pemikiran,sama2lah kita mengikuti arus permodenan Dunia IT kini dan selamanya..
ReplyDelete