Pengumuman ~ Announcements

~ SELAMAT DATANG AHLI-AHLI BARU KKS ~ JAYAKAN BERSAMA KEMPEN 1 AHLI BERDAFTAR 5 AHLI BARU ~ Pada 15.05.2010 laman Facebook Komuniti Kadayan Sejagat kini telah mencapai keahlian 4,000 orang ~ http://komunitikadayansejagat.blogspot.com/ ~

Sunday, December 20, 2009

KENAPA TOPIK-TOPIK BERKAITAN POLITIK TIDAK DIGALAKKAN DIBINCANG DI FB KKS?

Oleh: Abdul Samat bin Kasah

KENAPA TOPIK-TOPIK BERKAITAN POLITIK TIDAK DIGALAKKAN DIBINCANG DI FB KKS?



Oleh : Abdul Samat bin Kasah

Assalamualaikum wbt.

1. Isu ini ada dibangkitkan oleh seorang dua ahli FB KKS yang kurang senang kenapa isu-isu politik tidak digalakkan dibincang di FB KKS sedang kan blog-blog dan facebook ahli politik yang berasal dari Negeri Sabah dipaparkan di ”blogroll” blog rasmi KKS;

2. Isu ini telah mengundang ‘kekecohan’ di FB KKS akibat dari pemula ‘thread’ merasa dirinya tercabar kerana bantahan dari ahli-ahli FB KKS yang lain sehingga mencetuskan kemelut yang masih berlarutan di FB KKS;

3. Saya percaya ramai ahli-ahli FB KKS pada mulanya bersimpati dengan pemula “thread” berkaitan yang mengetengahkan masaalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah yang mengikut pemula ‘thread', beliau mempunyai bukti-bukti yang kukuh bahawa pihak tertentu telah mengeluarkan MyKad dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan kepada PTI;

4. Namun, setelah bertukar-tukar komen mengenai isu ini, tercetus lah perkataan-perkataan yang tidak sedap didengar diantara satu dengan yang lain, sedangkan isu yang mahu diketengahkan oleh pemula ‘thread’ tenggelam begitu saja akibat dari konflik atau perselisihan pendapat dikalangan peserta-peserta forum;

5. Saya difahamkan bahawa pemula ‘thread’ adalah salah seorang aktivis sosial dan juga seorang penulis yang mengambil berat tentang isu yang dibangkitkannya kerana beliau khuatir satu hari nanti keselamatan Negeri Sabah akan terjejas akibat dari tindakan pihak tertentu ‘menghalalkan’ taraf kewarganegaraan PTI sebagai permastautin tetap dan / atau warganegara Malaysia;

6. Saya yakin semua ahli FB KKS yang berasal dari Sabah khasnya dan yang berasal dari Sarawak dan Negara Brunei Darussalam amnya bersimpati dengan pemula ‘thread’ yang mengetengahkan isu PTI di Sabah;

7. Tindakan yang kurang bijak oleh pemula ‘thread’ ialah apabila mengeluarkan kata-kata yang ditafsirkan sebagai menghina KKS oleh sebahagian besar ahli-ahli FB KKS yang menyertai forum tersebut;

8. Saya yakin dan percaya, sekiranya pemula ‘thread’ menggunakan pendekatan yang lebih memikat hati ahli-ahli FB KKS untuk menjual idea beliau, isu yang diketengahkannya akan mendapat sambutan yang hebat kerana isu berkenaan merupakan satu isu yang berkepentingan awam;

9. Malangnya pemula ‘thread’ memilih pendekatan yang kurang memikat hati ahli-ahli KKS sehingga mencetuskan konflik dan perselisihan pendapat dikalangan ahli-ahli FB KKS;

10. Seperti yang disebut diatas, pemula ‘thread’ juga ialah seorang penulis dan saya yakin, jika beliau menggunakan pendekatan pemasaran yang betul dan mengambil peluang dari keahlian FB KKS, beliau boleh memasarkan semua karya dan produk-produk yang beliau ada di FB KKS kerana FB KKS merupakan sebuah ‘marketpalce’ yang agak besar dengan keahlian yang sudah hampir mencapai 600 orang semasa ‘posting’ ini dibuat;

11. Apa yang memisahkan diantara kebatilan dan kebenaran didalam kemelut ini ialah garisan yang amat tipis iaitu kesabaran dan kematangan di kalangan pemula ‘thread’ dan ahli-ahli KKS yang merasa mereka dicabar dan tercabar. Jelas sekali jika kedua-dua elamen iaitu ‘sabar dan matang’ dapat digunakan dengan bijaksana, saya yakin perkara ini tidak akan tercetus sehingga mencapai tahap diluar kawalan;

12. Topik berkaiatan politik memang sedap didengar dan dibincangkan dimana-mana jua seperti di kedai kopi, kantin, cafeteria, lobi-lobi hotel, coffee-house, dirumah, diforum-forum komuniti dan sebagainya, tetapi perbincangan mengenai tajuk politik ini pada kebiasaannya akan menzahirkan implikasi yang kurang baik dan pada akhirnya akan menghancurkan ukhwah, kerjasama dan tali silaturrahim yang telah terjalin di KKS;

13. Matlamat penubuhan FB KKS adalah jelas iaitu untuk “MENGUMPUL SUKU KAUM KADAYAN DISELURUH DUNIA’. Dalam konteks ini persetujuan telah dicapai untuk menukar nama asal Komuniti Kedayan Malaysia kepada Komuniti Kadayan Sejagat yang lebih bersifat “seluruh dunia” dan tidak dibatasi oleh sempadan Negara Malaysia sahaja;

14. Malah ejaan Kadayan yang pada asalnya Kedayan telah ditukar dengan persetujuan ramai melalui undian di blog rasmi KKS;

15. Kenapa pentadbir blog rasmi KKS memaparkan blog dan facebook ahli-ahli politik Kadayan dari Sabah di blogroll KKS? Dimana pula blog dan facebook ahli-ahli politik Kadayan dari Sarawak? Isu ini telah saya jelaskan dengan sejelas-jelasnya dan diperjelaskan lagi oleh paadian Aslina Juti yang pada pendapat saya sudah amat jelas. Begitupun izinkan saya sekali lagi merumuskan atas apa yang dijelaskan sebelum ini (oleh Penasihat dan paadian Aslina Juti): -

15.1. Perlu diperjelaskan disini sekali lagi bahawa pihak pentadbiran KKS tidak berpihak atau memihak kepada mana-mana parti politik samaada pihak pemerintah atau pembangkang;

15.2. Sekiranya Wakil Rakyat (Ahli Parlimen dan ADUN) yang berketurunan Kadayan itu dari parti pembangkang sekali pun blog dan facebook mereka pasti akan dipaparkan di blogroll KKS. Hakikatnya kedua-dua pemimpin Kadayan berkenaan adalah dari parti pemerintah. Saya rasa ini tidak melanggar prinsip KKS yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik;

15.3. Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin Kadayan dari Sarawak? Saya telah berpesan kepada paadian-paadian ahli KKS dari Sarawak yang tidak kurang ramai bilangannya dan sangat aktif menyumbang idea, gambar dan cadangan-cadangan di KKS untuk memaklumkan kepada saya url blog-blog mereka dan ‘nicks’ facebook mereka untuk saya paparkan sama di blog rasmi KKS. Insya Allah setelah url-url dan ‘nicks’ mereka saya perolehi maka pihak pentadbiran KKS akan memaparkanya di blog rasmi KKS;

15.4. Disamping itu dengan adanya blog-blog dan facebook pemimpin Kadayan di blog rasmi KKS, maka bertambah senanglah lagi ahli-ahli FB KKS yang ingin berkenalan atau memberi cadangan, komen dan sebagainya berkaitan perkara-perkara tertentu kepada pemimpin-pemimpin berkenaan tanpa perlu tercari-cari di injin carian internet;

16. Pada hemat saya, sebahagian besar dari ahli-ahli FB KKS adalah cukup matang dan inginkan keharmonian dan keselesaan untuk berforum tanpa gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan ukhwah dan tali silaturrahim dikalangan ahli-ahli FB KKS. Lantaran itu pihak pentadbiran KKS merasakan bahawa topik-topik yang berunsur politik tidak digalakkan untuk dibincangkan di forum FB KSS atas sebab-sebab yang telah diperjelaskan.

Wassalam.

3 comments:

  1. Sadangkan Agama Islam tu pun 'ADDIN' termasuk Politik, apa halnya pula dengan "KKS" ini? Hairan betul dengan pemikiran yg begitu sampit, Fikiran Ras Kadayan itu seharusnya d buka luas sepertinya Zaman IT musim kini. Kasampitan pikiran Kekampongan (Kg.Lalang & Kg.Naluyan)itu janganlah terlalu d bekukan sehingga membawa kearah satu Peribahasa "Seperti katak d bawah Tempurung" sedangkan sudah jauh kaki melangkah ketempat d tuju......

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum paadian Jeffarson, Terima kasih atas keperihatinan paadian terhadap FB KKS. Saya kagum dengan cinta paadian yang amat mendalam terhadap FB KKS.

    ReplyDelete
  3. salam buat semua paadian...
    saya bersetuju dgn pendapat tangah samat....
    jaan dihunja perbezaan..tapi hunja persamaan...
    ani tah masanya kita naikkan nama kadayan diperingkat global...banyakkan perbincangan topik ilmiah,sosiologi dan antropology...
    kajian mendalam perlu dilakukan tentang kaum kadayan dan didokumentasikan dgn badan2 yang berkaitan.saya amat tertarik dgn konsep "semangat paadian"...
    luus uja dangan ...jauh perjalanan ..luas pandangan...

    ReplyDelete