Pengumuman ~ Announcements

~ SELAMAT DATANG AHLI-AHLI BARU KKS ~ JAYAKAN BERSAMA KEMPEN 1 AHLI BERDAFTAR 5 AHLI BARU ~ Pada 15.05.2010 laman Facebook Komuniti Kadayan Sejagat kini telah mencapai keahlian 4,000 orang ~ http://komunitikadayansejagat.blogspot.com/ ~

Wednesday, December 23, 2009

SELAMAT DATANG KEPADA AHLI-AHLI BARU KKS

Assalamualaikum wbt.



Bagi pihak pentadbiran FB Komuniti Kadayan Sejagat (KKS) dan blog rasmi KKS saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada ahli-ahli KKS yang baru berdaftar dan yang sedia ada. Pihak kami bersyukur kehadrat Allah SWT kerana FB KKS telah terus melangkah kehadapan dimana pada hari ini FB KKS telah mencapai keahlian yang melebihi 600 orang.

Pada hari Sabtu, December 12, 2009 FB KKS telah mencatatkan keahlian yang ke 500 orang dan dalam tempoh 11 hari dari tarikh itu FB KKS telah mencatatkan keahlian yang ke 600 orang. Syabas dan tahniah kepada semua ahli FB KKS yang telah berjaya mempromosikan jaringan sosial FB KKS kepada sahabat handai dan saudara mara. Teruskan usaha murni ini dan Insya Allah FB KKS akan mencatat keahlian yang ke 1,000 orang menjelang bulan Jun, 2010.


Pada masa yang sama lebih kurang pada jam 5.40 petang ini, Rabu, December 23, 2009, counter pelawat blog rasmi KKS telah mencatatkan "hit" atau lawatan yang ke 2,000. Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan buat Komuniti Kadayan Sejagat dan semua ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan dari ahli-ahli FB KKS. Purata "hit" dalam sehari ialah 105.4.





Data menunjukkan purata "hit" dalam sehari










Geraf trend lawatan di blog rasmi KKS







Disamping itu dengan kesempatan ini saya juga ingin memaklumkan kepada semua ahli KKS yang baru khasnya dan semua ahli KKS amnya bahawa panggilan yang kita gunakan apabila menyapa, menegur atau memanggil ahli KKS yang lain semasa berforum ialah 'paadian'. Contohnya paadian Sabran Mamit, paadian Azmi Amat, paadian Giuk Bulu, paadian Noor Faezah dan seterusnya. Masyarakat Kadayan memang tersohor dengan adap apabila menegur atau memanggil. Di dalam bahasa Kadayan adap ini kita panggil "INDA MAACAK". Walaupun dikalangan masyarakat Kadayan kita mempunyai banyak panggilan beradap yang digunakan seperti TUA, TANGAH, BUNGSU, KAKA, NINI LAKI, NINI BINI, dan sebagainya, tetapi di alam siber ini kita tidak mengenali ahli KKS yang lain sama ada panggilan-panggilan tersebut tepat atau sebaliknya.

Justeru itu panggilan yang kita anggap bertepatan dan dapat diterima umum ialah PAADIAN. Paadian ini boleh digunakan untuk semua gender dan peringkat umur.

Terima kasih sekali lagi dan Selamat Berforum. Wassalam.

2 comments:

  1. macam salah haibulan tu paadian... December, 12, 2009 pakah yah... bukan 2006... salah takan gayanya tu... dapat d usai tu jua.....

    ReplyDelete
  2. Awuu eh banaa jua uja mu tu lai, minta maaf, tasalah taip bah tu, bukan ku buat-buat. Sudah ku ubah, luus tia pakah. Taima kasih lai.

    ReplyDelete