Oleh: Abdul Samat bin Kasah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Umum mengetahui bahawa masyarakat Kadayan mempunyai sejarah silam yang berkait rapat dengan pelbagai jenis persenjataan tradisional seperti keris, pedang, lembing, parang, candung dan sabagainya. Setiap peralatan senjata masyarakat Kadayan mempunyai kegunaan yang berbeza-beza yang disesuaikan dengan tujuan dan maksud penggunaan.
Gambar foto sumbangan paadian Mohd Zulkipli Perali
Gambar foto sumbangan paadian Mohd Zulkipli Perali
Gambar foto sumbangan paadian Mohd Zulkipli Perali
Gambar foto sumbangan paadian Mohd Zulkipli Perali (kemaskini pada 28/12/2009)
Parang dan candung merupakan alat persenjataan yang masih digunakan sehingga sekarang. Bagi masyrakat Kadayan dikampung, adalah satu kemastian untuk “manangkin maang” apabila pergi kehutan, kebun, memancing, dan sebagainya. Parang digunakan untuk menebas dan membersihkan kawasan kebun. Parang terbahagi kepada dua jenis iaitu “maang panjang dan maang buntak”. Kedua-dua jenis parang tersebut mempunyai kegunaan yang berbeza.
Gambar foto sumbangan paadian Mohd Suaidi.
“Maang buntak dan candung” sering dikaitkan penggunaannya oleh kaum wanita untuk “merumput” kebun sayur dan tanaman kontan lain. Didalam tradisi masyarakat Kadayan, adalah tidak manis dan hormat untuk kaum wanita “manangkin maang” terutama sekali ditempat umum. Lazimnya kaum wanita yang membawa parang menyimpan parang mereka didalam “takiding”. Ini lebih manis dan hormat dipandang oleh masyarakat disekeliling.
Gambar foto sumbangan paadian Khalid Eyno.
Gambar foto sumbangan paadian Khalid Eyno.
Pembuatan sarung dan hulu parang Kadayan merupakan satu seni yang tidak dimiliki oleh semua orang. Seni pembuatan sarung dan hulu parang ini diwarisi turun temurun dari nenek moyang mereka dan pada lazimnya didalam sesebuah kampung Kadayan, hanya terdapat 2 atau 3 orang sahaja yang mewarisi kepakaran membuat sarung dan hulu parang tersebut.
Sarung parang tradisi masyarakat Kadayan tidak menggunakan 'gam' atau bahan pelekat lain untuk mengukuhkan cantuman dua bahagian sarung parang tersebut. Kedua-dua bahagian sarung parang Kadayan dicantum dan dikukuhkan dengan "simpai" yang diperbuat dari tumbuhan yang digelar "lingkawang". Terdapat juga "simpai" yang diperbuat dari dawai halus seperti dawai tembaga atau dawai biasa. Pembuatan simpai itu sendiri merupakan satu seni halus yang hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu yang mempelajari kaedah membuat simpai.
Hulu parang Kadayan lazimnya diukir dengan ukiran khas melambangkan identiti masyarakat Kadayan. Hulu parang ditebuk dengan menggunakan besi panas dan ada kalanya "puting maang" itu sendiri digunakan untuk menebuk hulu supaya ukuran lubang pada hulu parang itu tepat dengan "puting maang" yang hendak digunakan. Parang akan dicantumkan dengan hulu parang dengan menggunakan damar yang digelar "hamalau" dalam bahasa Kadayan. Fungsi "hamalau" ini ialah untuk mengukuhkan cantuman "puting maang" dengan hulunya. Sebagai tambahan hulu maang juga akan disimpai untuk mengukuhkan lagi cantuman "puting maang" dan mengelakkan "hulu maang" daripada mengalami sebarang kerosakan seperti pecah dan sebagainya.
Sarung parang Kadayan hanya akan lengkap setelah ianya dilengkapi dengan "tali maang". Secara tradisinya "tali maang" dibuat daripada sejenis kulit pokok yang digelar "kulit timbaan". "Kulit timbaan" diolah sedemikan rupa sehingga ia boleh dianyam menjadi tali yang bersesuaian saiz dan panjangnya dengan sarung parang yang digunakan. Perbuatan memakai parang dipinggang dipanggil "nangkin maang" dalam bahasa Kadayan. Lazimnya parang "ditangkin" disebelah kiri pinggang. Perbuatan mengeluarkan parang dari sarungnya dipanggil "sintak" dalam bahasa Kadayan.
Saya memerhatikan sejak dari awal penubuhan FB KKS, terdapat gambar-gambar foto ‘maang Kadayan’ yang diposkan oleh tiga orang ahli FB KKS yang amat aktif berforum dan banyak menyumbangkan pendapat dan cadangan untuk kemajuan bangsa Kadayan. Mereka yang saya maksudkan ialah paadian-paadian Mohd Zulkipli Perali, Mohd Suaidi dan Khalid Eyno.
Bagi pihak pentadbiran FB KKS dan blog rasmi KKS saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada paadian-paadian tersebut atas keperihatinan mereka berkongsi maklumat dan gambar foto milik mereka di FB KKS. Kita masih menunggu gambar foto “maang Kadayan daie Sabah” yang saya percaya mempunyai rekabentuk yang sedikit berbeza. Kepada paadian-paadian daie Labuhan, Sipitang, Beaufort dan Papar yang mempunyai gambar foto ‘maang Kadayan’ sila kongsi bersama di FB KKS untuk tatapan umum dan akan diabadikan didalam blog rasmi KKS. Salam hormat.
Nota: Sekiranya terdapat fakta yang kurang tepat atau ada maklumat tambahan yang ingin dikongsi didalam artikal ini, sila perbetulkan melalui komen atau email terus kepada email pentadbiran blog ini. Terima kasih dan salam hormat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam
ReplyDeleteterima kasih atas sumbangan artikel anda
adalah lebih bagus jika tuan dapat iklankan
di sini tukang besi / parang kaum kedayan
supaya sesiapa yang bermiant boleh menempah
tq