Pengumuman ~ Announcements

~ SELAMAT DATANG AHLI-AHLI BARU KKS ~ JAYAKAN BERSAMA KEMPEN 1 AHLI BERDAFTAR 5 AHLI BARU ~ Pada 15.05.2010 laman Facebook Komuniti Kadayan Sejagat kini telah mencapai keahlian 4,000 orang ~ http://komunitikadayansejagat.blogspot.com/ ~

Thursday, December 24, 2009

DUYAN KUA-KUA, BUAH EKSOTIK WARISAN KADAYAN

Oleh: Abdul Samat bin Kasah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Gambar foto yang disumbangkan oleh paadian Khalid Eyno (lihat gambar)merupakan sejenis durian yang amat eksotik dan susah diperolehi di kampung-kampung Kadayan pada masa ini. Saya sendiri tidak pernah menikmati dan melihat buah dan pohon duyan kua-kua (durian kura-kura). Cuma dizaman kanak-kanak dahulu, orang tua-tua pernah bercerita tentang durian ini.







Duyan Kua-Kua









Dikhabarkan bahawa pokok duyan kua-kua ini berbeza dari pokok durian yang kita sedia maklum kerana ia berbuah di batang dan "malungkut sampai ka tanah". Jelas membuktikan bahawa cerita orang tua-tua yang pernah saya dengar dizaman kanak-kanak dahulu adalah benar seperti gambar yang diposkan oleh paadian Khalid Eyno.

Duyan Kua-Kua memang amat sinonim dengan masyarakat Kadayan zaman dulu dan saya rasa satu langkah perlu diambil segera untuk memastikan spesis durian ini tidak akan pupus. Duyan kua-kua merupakan warisan nenek moyang kita yang sewajarnya dikekalkan untuk generasi mendatang.

Saya juga telah mendapat keizinan dari paadian Yunus Hj Taib untuk memaparkan koleksi gambar foto Duyan Kua-Kua milik beliau di blog ini. Perhatikan betapa cantiknya buah eksotik warisan bangsa Kadayan ini! Ani tah yang digalaa ulih uwang Kadayan yang buahnya malungkut. Terima kasih kita ucapkan kepada paadian Yunus Hj Taib yang bermurah hati memberi keizinan kepada pentadbir blog ini untuk memaparkan gambar-gambar berikut.







Bunga duyan kua-kua. Gambar foto ihsan paadian Yunus Hj Taib.















Bunga duyan kua-kua. Gambar foto ihsan paadian Yunus Hj Taib.
















Buah duyan kua-kua. Gambar foto ihsan paadian Yunus Hj Taib.
















Buah duyan kua-kua. Gambar foto ihsan paadian Yunus Hj Taib








Selain daripada itu, kita juga telah melihat gambar-gambar foto buah-buahan yang sinonim dengan masyarakat Kadayan di FB KKS. Sebahagian daripadanya adalah seperti berikut:-







Buah Kambayau sumbangan paadian Sabran Mamit















Duyan Kuning sumbangan paadian Sabran Mamit
















Buah Suapit sumbangan paadian Siti Khadizah Ahmad















Buah Tampoi dan Maitam sumbangan Siti Khadizah Ahmad
















Buah Pangalaban, foto ihsan http://mysarawak.wordpress.com/









Bagi pihak pendabbiran blog rasmi KKS saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada paadian-paadian Khalid Eyno, Sabran Mamit, Siti Khadizah Ahmad dan http://mysarawak.wordpress.com/ atas sumbangan gambar-gambar foto tersebut. Tahniah. Wassalam.

No comments:

Post a Comment