Oleh: Abdul Samat bin Kasah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Gambar-gambar berbagai jenis kulat, ulam-ulaman dan kandigulai yang sinonim dengan masyarakat Kadayan telah banyak diposkan di FB KKS. Paadian Naning Bukit banyak menyumbang khazanah yang amat berguna ini buat tatapan generasi baru Kadayan yang mungkin tidak pernah mendengar atau melihat kulat, ulam-ulaman dan kandigulai berkenaan.
Kulat tambibee
Kulat Kadap
Kulat Kadap
Pohon Maongai
Pucuk Mambangan bukan Pawas
Lambiding
Gambar-gambar tersebut mengimbau masa lampau dizaman kanak-kanak dahulu. Malangnya saya cuma berpeluang menikmati zaman itu sebahagian kecil dari kehidupan saya. Dalam usia yang amat muda saya telah meninggalkan kampung Kadayan dan kampung halaman saya untuk berhijrah ke tempat orang. Begitu pun, semua jenis kulat, ulam-ulaman dan kandigulai yang gambar fotonya disumbangkan oleh paadian Naning Bukit di FB KKS pernah satu masa dulu saya nikmati dan ianya sebahagian dari kehidupan saya.
Terdapat lagi beberapa jenis kulat yang amat sinonim dengan masyarakat Kadayan. Diantaranya ialah kulat tiung, kulat minyak, kulat putih dan kulat tahun. Jika ada diantara paadian-paadian ahli FB KKS yang memiliki gambar-gambar foto kulat-kulat tersebut sila poskan di FB KKS buat tatapan umum.
Masyarakat Kadayan juga tersohor dengan ulam-ulaman seperti pucuk pawas, paha-paha, ancah-ancah, dan sebagainya. Sekiranya paadian-paadian ada lagi ulam-ulaman Kadayan yang belum disebut sila bincangkan di forum FB KKS dan Insya Allah kita akan abadikannya di dalam blog ini.
Tahniah buat paadian Naning Bukit dan paadian-paadian lain yang telah menyumbangkan gambar foto yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Kadayan, walau dimana mereka berada. Kepada ahli-ahli FB KKS yang menyumbang komen terhadap perkara ini saya ucapkan ribuan terima kasih. Semerakkanlah FB KKS dengan posting-posting seperti ini kerana ianya amat berguna buat generasi Kadayan masa kini. Syabas dan Selamat Berforum. Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tangahnya Penesihat yg tangah tulis pucuk Pawas tu adalah PUCUK MAMBANGAN tu tangannya Samat....
ReplyDelete