Pengumuman ~ Announcements

~ SELAMAT DATANG AHLI-AHLI BARU KKS ~ JAYAKAN BERSAMA KEMPEN 1 AHLI BERDAFTAR 5 AHLI BARU ~ Pada 15.05.2010 laman Facebook Komuniti Kadayan Sejagat kini telah mencapai keahlian 4,000 orang ~ http://komunitikadayansejagat.blogspot.com/ ~
Showing posts with label Keahlian dan "hits' di FB dan blog rasmi KKS. Show all posts
Showing posts with label Keahlian dan "hits' di FB dan blog rasmi KKS. Show all posts

Thursday, January 7, 2010

SELAMAT DATANG PAADIAN SEBANGSA DARI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Selamat Datang kepada ahli-ahli baru Komuniti Kadayan Sejagat (KKS) ke jaringan sosial Kadayan terulung pada masa ini. Pihak pentadbiran KKS amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana jaringan sosial KKS kini telah mendapat perhatian dari paadian sebangsa dari Negara Brunei Darussalam. Didalam tempoh beberapa hari ini sahaja KKS telah menerima ramai keahlian sebangsa dari negara berkenaan.




Penasihat KKS banyak menerima ucapan-ucapan tahniah dan sokongon dari mereka melalui mesej di facebook. Untuk itu, saya bagi pihak pentadbiran KKS ingin mengucapkan Selamat Datang dan ribuan terima kasih kepada semua ahli baru KKS. Saya yakin dengan kehadiran paadian sebangsa dari Negara Brunei Darussalam, KKS akan lebih meriah dan sudah pasti mereka akan membawa ole-ole yang istimewa untuk dikongsi bersama disini.

Pihak kami berharap jaringan sosial secara interaktif ini akan dapat membawa menafaat yang boleh kita kongsi bersama demi pembangunan bangsa Kadayan sejagat. Kehadiran paadian sebangsa dari negara jiran ini telah melonjakkan keahlian KKS daripada 700 orang pada 01.01.2010 kepada 803 orang pada hari ini, 07.01.2010. Ini bermakna dalam tempoh seminggu sahaja keahlian telah bertambah seramai 100 orang.

Pihak kami juga tidak lupa kepada semua ahli KKS yang telah menyahut seruan pihak pentadbiran di dalam menjayakan 'KEMPEN 1 AHLI FB KKS 5 AHLI BARU". Terima kasih banyak-banyak diatas usaha paadian semua.

Wassalam dan salam hormat.

Saturday, January 2, 2010

BLOG RASMI KKS MENCATAT HITS YANG KE 3,000







Blog rasmi KKS telah mencapai hits yang ke 3,000 pada Sabtu, Januari 2, 2010 @ 12:10 tengahari. Sekali lagi bagi pihak pentadbiran Komuniti Kadayan Sejagat saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli FB KKS dan pelawat-pelawat lain yang telah menyokong blog rasmi KKS. Terima kasih.

Friday, January 1, 2010

KEAHLIAN FB KKS KINI MENCAPAI 700 ORANG








Selamat Datang ke FB KKS dan Blog rasmi KKS kepada paadian-paadian yang baru menyertai jaringan sosial Kadayan No. 1 di Dunia. Hari ini, Jumaat, Januari 1, 2010, keahlian berdaftar FB KKS telah mencapai 700 orang. Tahniah buat paadian-paadian semua yang telah berjaya menghebahkan dan mempromosikan jaringan sosial FB Komuniti Kadayan Sejagat. Selamat Menyambut Tahun Baru 2010.

Sunday, December 13, 2009

SELAMAT DATANG KE KOMUNITI KADAYAN SEJAGAT

Selamat Datang ke Komuniti Kadayan Sejagat. Seperti yang di janjikan, blog rasmi KKS akan berhijrah ke tajuk dan url baru mulai hari Isnin, 14 December, 2009. Pihak pentadbiran blog rasmi KKS memohon maaf kerana terdapat beberapa kekurangan yang masih didalam proses dikemaskini. "Header" blog ini masih belum diubahsuai kerana menunggu logo rasmi KKS yang sedang didalam proses pindaan ke ejaan yang baru. Selamat melayari blog Komuniti Kadayan Sejagat.

Disamping itu pihak kami juga menyeru kepada paadian-paadian semua untuk memberi maklumbalas terhadap isu-isu yang berkepentingan demi pembangunan bangsa Kadayan. Ini meliputi perkara-perkara berkaitan pelajaran, ekonomi, sosial, warisan budaya, peluang-peluang pekerjaan, latihan dan kursus, dan sebagainya.

Pada hemat saya, isu yang mustahak ditangani pada masa ini ialah kaedah menyeragamkan ejaan bahasa Kadayan supaya ianya dapat ditutur dan ditulis sama seperti bahasa Kadazandusun di Sabah dan Iban di Sarawak. Kedua-dua bahasa tersebut telah digunakan di akhbar-akhbar tempatan dan saya perhatikan mereka lebih awal menyeragamkan ejaan-ejaan bahasa mereka.

Sekiranya paadian-paadian mempunyai cadangan untuk merealisasikan perkara ini sila sampaikan cadangan-cadangan paadian ke email 1kadayan@gmail.com atau mesej kepada penasihat, creator atau pegawai-pegawai lain melalui facebook supaya satu format pendekatan dapat dirangka dalam masa yang terdekat ini. Sekian dan salam hormat.

BLOG RASMI KKS MENCATAT 1,000 ORANG PENGUNJUNG




Imej yang mencatatkan pelawat yang ke 1,000 pada hari Ahad, December 13, 2009 @17:25HRS




KKS telah mencipta satu lagi sejarah didalam penubuhannya kerana pada hari Ahad, December 13, 2009 @17:25 HRS blog ini telah mencatat lawatan yang ke 1,000 orang. Untuk makluman blog rasmi KKS telah ditubuhkan pada 4 December, 2009. Saya bagi pihak pengurusan blog rasmi KKS ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua ahli KKS dan pelawat-pelawat lain yang telah menghadirkan diri di blog ini. "Milestone" selanjutnya ialah untuk mencatat 10,000 lawatan.