Pengumuman ~ Announcements

~ SELAMAT DATANG AHLI-AHLI BARU KKS ~ JAYAKAN BERSAMA KEMPEN 1 AHLI BERDAFTAR 5 AHLI BARU ~ Pada 15.05.2010 laman Facebook Komuniti Kadayan Sejagat kini telah mencapai keahlian 4,000 orang ~ http://komunitikadayansejagat.blogspot.com/ ~

Thursday, January 7, 2010

SELAMAT DATANG PAADIAN SEBANGSA DARI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Selamat Datang kepada ahli-ahli baru Komuniti Kadayan Sejagat (KKS) ke jaringan sosial Kadayan terulung pada masa ini. Pihak pentadbiran KKS amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana jaringan sosial KKS kini telah mendapat perhatian dari paadian sebangsa dari Negara Brunei Darussalam. Didalam tempoh beberapa hari ini sahaja KKS telah menerima ramai keahlian sebangsa dari negara berkenaan.




Penasihat KKS banyak menerima ucapan-ucapan tahniah dan sokongon dari mereka melalui mesej di facebook. Untuk itu, saya bagi pihak pentadbiran KKS ingin mengucapkan Selamat Datang dan ribuan terima kasih kepada semua ahli baru KKS. Saya yakin dengan kehadiran paadian sebangsa dari Negara Brunei Darussalam, KKS akan lebih meriah dan sudah pasti mereka akan membawa ole-ole yang istimewa untuk dikongsi bersama disini.

Pihak kami berharap jaringan sosial secara interaktif ini akan dapat membawa menafaat yang boleh kita kongsi bersama demi pembangunan bangsa Kadayan sejagat. Kehadiran paadian sebangsa dari negara jiran ini telah melonjakkan keahlian KKS daripada 700 orang pada 01.01.2010 kepada 803 orang pada hari ini, 07.01.2010. Ini bermakna dalam tempoh seminggu sahaja keahlian telah bertambah seramai 100 orang.

Pihak kami juga tidak lupa kepada semua ahli KKS yang telah menyahut seruan pihak pentadbiran di dalam menjayakan 'KEMPEN 1 AHLI FB KKS 5 AHLI BARU". Terima kasih banyak-banyak diatas usaha paadian semua.

Wassalam dan salam hormat.

No comments:

Post a Comment