Pengumuman ~ Announcements

~ SELAMAT DATANG AHLI-AHLI BARU KKS ~ JAYAKAN BERSAMA KEMPEN 1 AHLI BERDAFTAR 5 AHLI BARU ~ Pada 15.05.2010 laman Facebook Komuniti Kadayan Sejagat kini telah mencapai keahlian 4,000 orang ~ http://komunitikadayansejagat.blogspot.com/ ~

Monday, January 4, 2010

KEMPEN "1 AHLI FB KKS 5 AHLI BARU"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Jaringan Sosial facebook Komuniti Kadayan Sejagat (KKS) perlu dimantap dan dikukuhkan. Seperti yang saya maklumkan didalam Perutusan Tahun Baru 2010, matlamat utama FB KKS ialah untuk menghimpun atau mengumpul bangsa Kadayan di seluruh dunia dan menjadikan FB KKS sebagai hub jaringan sosial yang berwibawa, pilihan utama dan "authoritative" dimasa hadapan.

Atas kesedaran ini pihak pentadbiran Komuniti Kadayan Sejagat telah bersetuju untuk melancarkan kempen "1 AHLI FB KKS 5 AHLI BARU" secara agresif. Saya yakin sekiranya semua ahli FB KKS, sama ada damit, basaa, tuha atau muda berusaha dan majal untuk mendapatkan 5 orang ahli setiap seorang, percayalah sebelum berakhir tahun 2010 FB KKS akan mencapai keahlian seramai 3,500 orang.

Oleh yang demikian saya bagi pihak pentadbiran KKS dengan ini menyeru dan memohon kerjasama daripada paadian-paadian semua untuk menjayakan kempen "1 AHLI FB KKS 5 AHLI BARU". Bila dapat labih pun inda apa, hantap baiknya tia pulang. Padah-padah akan tia aah samuha paadian, kawan-kawan dan siapa jua yang ngakun ia Kadayan!

Terima kasih dan salam hormat. Selamat berforum.

4 comments:

  1. Kadayan Banaa menyokong kempen ahli baru FB KKS..

    Wadah perjuangan - KKS sebagai suatu wadah perjuangan bangsa kadayan, mengekalkan adatresam, budaya dan bahasa. Berkunjung ke KKS seakan berada di perkampungan kadayan, adalah terlalu baik sekiranya kita dapat menggunakan kecanggihan ICT untuk komuniti kita. Rasanya lebih hebat dari zaman org2 tua kita dahulu, sekarang kita dpt berhubung diserata tempat. Berkongsi gambar2 ditempat masing-masing, kemudian memberi komen antara satu sama lain.

    Sedikit perbezaan - Saya melihat sedikit perbezaan di antara kita dlm cara penulisan bahasa kadayan itu sendiri. Adalah agak sukar untuk kita menyeragamkan tulisan dari tiap-tiap daerah dan negeri. Orang-orang dari Sarawak misalnya lebih suka menulis dengan menghidupkan huruf 'k' di setiap hujung tulisan. Huruf 'k' bukanlah sukar difahami walaupun agak janggal sedikit bagi org2 dari Sabah & Labuan, ianya sekadar cara untuk menunjukkan perkatan itu 'ditekan' sedikit sebutannya. Saya tidak melihat ini sebagai suatu masalah, melainkan 'kelainan' itu adalah sesuatu yg 'unik' bagi setiap diantara kita, agar lebih memahami antara satu sama lain.

    Cabaran yg mendatang - Namun janganlah kita lupa, di saat kegembiraan itu hadir, di saat itu juga akan ada banyak cabaran2 yg datang. Akan ada segelintir yg mencabar keharmonian KKS. Jangan risau.. terlalu sedikit org yang begini. Berlipat kali ganda lagi org yang menghargai KKS. Apa maknanya.. memperlekehkan orang lain.. menjatuhkan orang lain.. ini bukan perkara baru. Kita sudah tidak heran lagi dengan perkara2 sebegini. Mustahil kita tidak dpt berfikir mana yg baik, mana yg buruk. Kita sama2 faham sudah. Bagi saya, setiap post/thread yg dihantar orang begini, tak perlulah kita reply. Biar dia dgn dunianya, jgn komen apa2, pasti ia akan berhenti di situ. Jika disambung2 lagi akan panjanglah dia.

    Tuan-tuan, puan-puan, abang2 dan adik2 ku, siapakah kadayan atu mun bukan diie.. Jatuh kadayan atu haatinya kita tah yang jatuh.. hina kadayan atu haatinya kita tah yg hina...
    Ooo uang kadayan, junjung tah bangsamu di muha bumi Tuhan ani..

    Kadayan Banaa bukan untuk mempengaruhi sesiapa, sekadar menulis yg ada di kaban pikieannya, bainut tia mangunduu diie dgn maap, Yg baik datang daie Allah, yg buuk daie 'Kadayan Banaa' sandiie.

    Subuk2 subalah dinding..
    Manyampiee di pisuk2..
    Wasalam.

    ReplyDelete
  2. Sya sokong apa yg di Paparkan oleh Saudara Kadayan Banaa atu.Agak sedih melihat kenapa harus kita hina menghina Bangsa sendiri.
    Jatuh Bangun,hina macam mana sekali pun tetap Bangsa Kadayan juga.
    Wsalam.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt. Taima kasih paadian-paadian Kadayan Banaa dan Jasz us atas komen paadian badua. Banaa apa uja paadian Kadayan Banaa atu "Jatuh Kadayan atu haatinya kita yang jatuh.. hina kadayan atu haatinya kita tah yang hina..."

    Teruskan usaha masing-masing walau sekecil zarah sekalipun sumbangan kita terhadap pembangunan bangsa Kadayan, Insya Allah apabila kita dalam kesatuan sumbangan2 tersebut pastinya amat berharga.

    Kalau boleh, saya minta paadian Kadayan Banaa menggunakan gambar sebenar kerana saya yakin ramai ahli KKS yang ingin melihat identiti sebenar paadian sabangsa. Taima kasih.

    ReplyDelete
  4. Sebagai Umat manusia sewajibnya kitani bafikian terbuka dan telus demi anak bangsa kita..tu lah cara kita mendidik Generasi kita.

    ReplyDelete