Kepada semua ahli jaringan sosial facebook Komuniti Kadayan Sejagat (KKS) dan pelawat-pelawat blog ini, berhati-hati menulis sesuatu rencana didalam blog masing-masing.
PENULIS blog "Aduka Taruna" dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan, 26 Januari, setelah mendapat perintah reman empat hari berhubung kes menghina Almarhum Sultan Iskandar Ismail yang mangkat 22 Januari lalu. - Utusan/ROSNI (Gambar ihsan Utusan Malaysia)
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu telah ditahan reman empat hari bermula hari ini.
Perintah tahanan itu diperoleh daripada Mahkamah Majistret Kota Bharu kira-kira pukul 9 pagi ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek dibawa ke ibu negara untuk siasatan.
Semalam, suspek yang berusia 29 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada pukul 4.40 petang.
Dia dipercayai melarikan diri ke Kota Bharu selepas artikel yang disiarkan menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak di seluruh negara khususnya rakyat Johor.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff semalam mengarahkan supaya satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat perkara tersebut dan memberi jaminan penulis terbabit akan diheret ke mahkamah.
Sehingga hari ini, polis menerima sebanyak 31 laporan terhadap penulis blog berkenaan di seluruh negara.
Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai pereka grafik berasal dari Negeri Sembilan manakala isterinya dari Kelantan.
Suspek dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong dalam satu artikel yang disiarkan dalam blognya, adukataruna. blogspot.com baru-baru ini.
Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, dia menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog sama.
Sumber : Sila klik disini.
Wednesday, January 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment