Pengumuman ~ Announcements

~ SELAMAT DATANG AHLI-AHLI BARU KKS ~ JAYAKAN BERSAMA KEMPEN 1 AHLI BERDAFTAR 5 AHLI BARU ~ Pada 15.05.2010 laman Facebook Komuniti Kadayan Sejagat kini telah mencapai keahlian 4,000 orang ~ http://komunitikadayansejagat.blogspot.com/ ~

Tuesday, December 22, 2009

CADANGAN PROJEK AHLI-AHLI FB KKS BAGI TAHUN 2010

Oleh: Abdul Samat bin Kasah

CADANGAN PROJEK AHLI-AHLI FB KKS BAGI TAHUN 2010

Assalamuaalaikum wbt.

Saya amat berbangga dan teruja melihat perkembangan dan kemajuan FB KKS yang semakin mantap dan mempunyai keahlian yang hampir mencecah 600 orang (tepatnya 593 orang) ketika rencana ini ditulis. Malah dengan kehadiran beberapa orang ahli yang aktif berforum telah merancak dan memeriahkan lagi FB KKS. Saya kagum dengan semangat positif bangsa Kadayan yang telah ditunjukkan di FB KKS.







Gambar foto ihsan blog Kedayan Ulu Sipitang













Gambar foto ihsan blog Blog Kpg Kulapis - Maklumat dan Info Terkini






Sepertimana yang pernah paadian Sabran Mamit dan Penasihat katakan sebelum daripada ini, KKS harus mempunyai halatuju atau “deliverables” yang dapat direalisasikan.

“Deliverables” ini pada hakikatnya bukan “deliverables” KKS tetapi ia adalah milik individu atau komuniti ahli FB KKS yang cintakan warisan bangsa Kadayan yang mereka adalah sebahagian daripadanya. KKS hanyalah satu wadah untuk kita berinteraksi dan menyampaikan cadangan-cadangan yang difikirkan dapat memperkasa dan melestari bangsa Kadayan.

Sebagai Penasihat FB KKS ingin mencadangkan beberapa projek mudah tetapi berimpak maksima bermula tahun 2010 dan tahun-tahun berikutnya. Kalau dalam konteks syarikat atau perniagaan ini kita panggil “Business Plan”. Apa yang mustahak ialah semua ahli FB KKS dapat meluangkan sedikit masa 15 minit – 30 minit sehari untuk tujuan merealisasikan projek ini.

Cadangan Projek #1 – Menubuhkan blog kampung Kadayan ahli-ahli FB KKS diseluruh Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak.

1. Tubuhkan satu blog peribadi atau blog rasmi (mana-mana yang difikirkan bersesuaian) bagi setiap kampung atau pun satu blog yang mewakili beberapa buah kampung Kadayan;

2. Matlamat utama cadangan penubuhan blog-blog Kampung Kadayan adalah seperti berikut: -

a. Merekodkan sejarah kampung-kampung Kadayan diseluruh Malaysia buat tatapan komuniti setempat, orang awam, rakyat Malaysia dan Negara-negara lain. Contohnya bagaimana nama kampung diperolehi, pejuang-pejuang Kadayan menentang penjajahan British, Jepun dan sebagainya;

b. Merekod dan mempromosikan warisan budaya dan tradisi bangsa Kadayan kepada masyarakat setempat, negara, dunia dan yang amat penting untuk memaklumkan kewujudan bangsa Kadayan itu sendiri. Contohnya majlis makan tahun, tarian tradisi, alat-alat muzik tradisi, kraftangan, seni anyaman, perubatan tradisional dan banyak lagi;

c. Menjadikannya sebagi sumber rujukan buat pengkaji-pengkaji sejarah bangsa Kadayan;

d. Mempromosikan aktiviti-aktiviti ekonomi (tradisional dan moden) komuniti Kadayan setempat, contohnya bertanam padi, berternak ayam, itik, ikan, kambing, lembu dll, “home-stay” dan apa jua aktiviti ekonomi yang menjana pendapatan komuniti Kadayan setempat;

e. Mempromosikan aktiviti-aktiviti masjid dan surau seperti korban, berbuka puasa, ceramah-ceramah agama, sambutan Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan banyak lagi;

f. Mempromosikan kumpulan-kumpulan / persatuan / kelab sukan, kompang, marhaban, pancak silat, dan sebagainya;

3. Sekiranya blog yang ditubuhkan ialah blog rasmi kampung tersebut, lebih baik memohon persetujuan dan kerjasama dari Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Imam Masjid atau Surau kampung paadian sebelum menubuhkan blog kampung berkenaan. Jika blog yang ditubuhkan merupakan blog peribadi persetujuan tersebut tidak diperlukan, tetapi lebih baik dan hormat kalau mereka juga dimaklumkan;

4. Blog ini dicadangkan untuk mengandungi perkara-perkara seperti tercatat di dalam matlamat penubuhan dan secara ringkasya seperti berikut: -

a. Sejarah kampung;
b. Pentadbiran kampung;
c. Statistik kependudukan;
d. Masjid dan Surau;
e. Aktiviti keagamaan, sukan, budaya dan sosial;
f. Persatuan atau kelab marhaban, kompang, pancak silat, dan sebagainya;
g. Bahan-bahan bersejarah seperti rumah lama , perkuburan dan tapak-tapak bersejarah yang lain;
h. Buah-buahan kampung Kadayan
i. Aktivit-aktiviti lain yang dapat menyumbang kearah pembangunan bangsa Kadayan.

5. Isi kandungan blog tidak semestinya mengikut susunan di atas. Apa-apa maklumat yang ada boleh dipaparkan diblog berkenaan. Contoh terbaik yang kita ada buat masa ini ialah blog-blog seperti berikut: -

a. Kadayan Ulu Sipitang – url : http://kedayanulusipitang.blogspot.com/
b. Blog Kpg Kulapis - Maklumat dan Info Terkini – url : http://kpgkulapis.blogspot.com/

6. Saya cadangkan paadian-paadian ahli FB KKS menggunakan “BLOGGER” (Google Account) untuk menubuhkan blog masing-masing. Blogger merupakan kaedah membuat blog yang paling “user friendly dan flexible”. Blog rasmi KKS menggunakan applikasi ini;

7. Untuk menubuhkan blog baru, apa yang paadian perlu ialah pergi ke blog rasmi KKS dan “right click create blog” yang terdapat di atas sebelah kanan blog tersebut. Selepas itu ikut arahan-arahan yang dipaparkan;

8. Pendaftaran membuka blog baru akan memakan masa tidak lebih dari 5 minit berdasarkan kepada kepantasan paadian-paadian masing masing memberi maklumat-maklumat yang diperlukan;

9. Sekiranya paadian-paadian memerlukan bantuan dari saya, sila mesej di FB atau email terus kepada email pentadbiran blog rasmi KKS ia itu 1kadayan@gmail.com

10. Sila hantar url-url blog yang telah ditubuhkan kepada email di atas untuk pihak kami paparkan di blogroll blog rasmi KKS.

Saya bagi pihak pentadbiran KKS ingin sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli FB KKS yang telah banyak menyumbang idea, gambar, cadangan, komen dan sebagainya demi kebaikan KKS. Selamat Menubuhkan Blog Kampung Kadayan. Semuga inisiatif awal ini akan dapat memperkasa dan melestari bangsa Kadayan yang kita cintai. Wassalam.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Pentadbiran KKS,
    Cadangan menubuhkan blog KKS untuk Kampung-Kampung Kadayan Sejagat di Sabah dan Sarawak sangat menarik, dan saya ucapkan tahniah atas cadangan yang manfaat ini. Saya yakin kampung-kampung Kadayan di Brunei juga boleh turut sama dalam aktiviti penubuhan blog KKS ini bagi merapatkan hubungan silaturahim antara Kadayan Brunei, Sabah dan Sarawak. Dalam kesempatan ini,saya bagi pihak Ketua Kampong Kulapis, Haji Timor bin Haji Limbang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana sudi
    mempertengahkan Blog Kampong Kulapis sebagai contoh penubuhan KKS.

    Wassalam,
    mdjr.alhaj@gmail.com
    Kpg Kulapis

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Yang Mulia Pentadbir KKS.
    Cadangan menubuhkan blog KKS untuk Kampung-Kampung Kadayan Sejagat di Sabah dan Sarawak sangat menarik,dan bermanfaat. Saya ucapkan tahniah atas cadangan ini,dan saya percaya media ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim
    antara Kadayan Brunei, Sabah dan Sarawak. Saya juga berharap agar kampung-kampung Kadayan di Brunei boleh turut sama dalam aktiviti penubuhan blog KKS ini. Dalam kesempatan ini, saya bagi pihak Ketua Kampong Kulapis,mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana sudi mempertengahkan Blog Kampong Kulapis sebagai contoh penubuhan KKS.

    Wassalam,
    mdjr.alhaj@gmail.com
    Kpg Kulapis

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Yang Mulia Pentadbir KKS.
    Cadangan menubuhkan blog KKS untuk Kampung-Kampung Kadayan Sejagat di Sabah dan Sarawak sangat menarik,dan bermanfaat. Saya ucapkan tahniah atas cadangan ini,dan saya percaya media ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim
    antara Kadayan Brunei, Sabah dan Sarawak. Saya juga berharap agar kampung-kampung Kadayan di Brunei boleh turut sama dalam aktiviti penubuhan blog KKS ini. Dalam kesempatan ini, saya bagi pihak Ketua Kampong Kulapis,mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana sudi mempertengahkan `Blog Kampong Kulapis' sebagai contoh penubuhan KKS.

    Wassalam,
    mdjr.alhaj@gmail.com
    Kpg Kulapis

    ReplyDelete