Assalamualikum wbt. Sudah dua hari saya tidak membuat sebarang komen dan membuka thread baru di Komuniti Kadayan Sejagat (KKS). Walaubagaimanapun saya dan Admin-Admin yang lain memerhatikan apa yg berlaku dalam tempoh dua hari ini.
Setelah meneliti semua thread dan komen di KKS dan di Kadayan Kedayan Kalakati ini hasil yang diperolehi.
Nick (nama)dan gambar paadian Ho Liau telah dipergunakan untuk memfitnah dan mencemuh Penasihat KKS di facebook Kadayan Kedayan Kalakati. Bukti-buktinya saya perturunkan seperti dibawah ini:
Ini Profile Ho Liau yang Palsu. No. id : id=100000598052268. Perhatikan Ho Liau palsu tidak ada "friends".
Ini Profile Ho Liau yg tulin. No. id=100000476383925 dan mempunyai banyak friends
Berikut diperturunkan snapshots postings di Kadayan Kedayan Kalakati yang menggunakan nama dan id palsu Ho Liau. Baca dan perhatikan baik-baik bagaimana orang ini menggunakan nama Ho Liau untuk mencemuh Penasihat di facebooknya.
Sekian untuk penilaian paadian-paadian ahli KKS yang setia.
Klik disini untuk akses ke facebook Kadayan Kedayan Kalakati.
Saturday, December 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bismilahhirrahmannirrahim..
ReplyDeleteSekadar pandangan secara bebas.
Asalamualaikum..
Secara jujur dan ikhlas saya memberi pandangan yg tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak. Kekalutan yg melanda KKS ini rasa-rasanya disebabkan oleh idealogi politik yg melanda KKS. Tuan Cobra telah menimbulkan masalah2 Pendatang Tanpa Izin di Sabah. Yang mana masalah pemberian IC kepada PTI ini beliau telah bangkitkan di dlm KKS, berdasarkan prinsip bahawa KKS sepatutnya lebih terbuka dan akan memihak kepada beliau. Tetapi ternyata di dalam hal tersebut, KKS yg mempunyai ramai ahli yg bukan sahaja terhad di kawasan Kota Kinabalu Sabah. Tetapi juga dari Labuan, Sarawak dan entah dari mana saja ahli yg melayari internet yg mungkin tidak mempunyai masalah serius dari segi IC dan PTI ini telah merasa isu-isu politik tidak sesuai dibangkitkan di dalam KKS. Saya berpendapat bahawa ahli-ahli KKS menyokong pendapat Tuan Cobra tersebut dan saya sendiri yang berasal dari negeri Sabah ini menyokong pendapat Tuan Cobra tanpa sedikit pun mengatakan ianya salah. Saya masih percaya sehingga sekarang ini tidak ada kaum Kadayan di KKS yang menyokong pemberian IC kepada PTI. Siapa yg ingin negerinya dihuni pendatang.. Berbalik kepada isu PTI ini, thread2 yg dihantar Tuan Cobra sering kali mendapat tentangan sebilangan ramai ahli KKS. Tuan Cobra seorang yg baik di dalam perjuangannya seharusnya boleh menerima pandangan ahli KKS yang lebih besar majoritinya untuk mengharapkan beliau tidak bermain politik di dalam KKS. Adalah lebih baik bercerita perkara adat2 tradisi kadayan, cerita2 lucu dan sebagainya di dalam KKS. Ini adalah hakikat KKS yg harus diterima, itu yg kaum kadayan KKS kehendaki. Tuan Cobra seorang yang matang sepatutnya lebih tahu ke mana saluran yg harus digunakannya berbanding KKS. Adalah tidak adil menuduh Kadayan Pengecut, hanya kerana di KKS mereka tidak menerima isu2 PTI, sedangkan di luar KKS mereka juga menerima apa yg disuarakan Tuan Cobra. Beberapa ahli juga mungkin menyokong Tuan Cobra tetapi tidak menyuarakan secara terbuka di dalam KKS.
Kemudian, wujud ahli2 baru yang ternyata, seakan memporak-porandakan KKS. En. Onchee misalnya membawakan karakter seorang yang seakan-akan tidak beradab. Dia akan membuat komen2 yg memperlekehkan orang lain. Beliau sendiri mungkin seorang yg tidaklah teruk sangat di dlm keadaan yg sebenar. Ini semua hanyalah rekaan. Jika dilihat akaun FB En. Onchee ni mmg baru dibuka di FB. Wall nya kosong! Terbaru - Kemunculan Kala Kati, ternyata akaun FB yg digunakan ini baru untuk mewujudkan satu karakter dengan pandangannya sendiri. Kala Kati telah mewujudkan Kadayan Kedayan Kalakati.
Isu klon - Beberapa orang telah di klon!! Tuan Cobra, Onchee, En. Samat Kasah, Ho Liau... telah di klon. Kali ini betul2 hilang keharmonian KKS. Saya sendiri merasa sedih. Kenapa kita harus terkeliru, bukankah kita sendiri boleh membuat semakan profile tiap2 orang yang menghantar komen tersebut?? Cabaran2 ini membuatkan beberapa ahli lupa diri.. En. Zulkipli & En. Asdey misalnya, mengeluarkan kata2 kesat yg sebelum ini tidak pernah terdengar di KKS. Inilah yg berlaku jika anak kadayan tercabar..
..bersambung..
..sambungan..
ReplyDeleteIsu Kedayan & Kadayan - Mengenang kembali isu penggunaan KEDAYAN & KADAYAN, saya melihat bahawa En. Samat Kasah lebih memihak kepada pengunaan kedayan berbanding kadayan, dgn mengemukakan segala hujah dan bukti akhirnya membuat ruangan untuk ahli2 KKS membuat undian. Apabila keputusan undian dibuat. Ternyata ahli KKS memihak kepada kepada perkataan KADAYAN. Tentunya satu cabaran bagi En. Samat tetapi saya percaya beliau lebih mementingkan KKS berbanding kepentingan sendiri. Terima kasih...
Penyelesaian telah ada - Adalah lebih baik membuat penyelesaian, berbanding bergaduh sesama sendiri. Saya telah melihat penyelesaian memang wujud apabila munculnya Komuniti Dunia Kadayan sebagai satu alternatif bagi ahli-ahli. Bagaimana kita menggunakan Komuniti Kadayan Sejagat(KKS) dan Komuniti Dunia Kadayan(KDK) sebagai satu penyelesaian? KKS biarlah dengan identitinya sepertimana dahulu. Manakala di KDK pula sesiapa yg ingin bercerita lebih terbuka tentang politik, tentang isu2 IC, tentang PTI, atau tentang isu2 yg baru, mungkin isu2 kepincangan kerajaan yg tidak disenangi dibincangkan di KKS maka kita bincangkan di KDK. Pasti ada ahli2 KKS yg mungkin berminat membincangkan hal tersebut memandangkan di kawasan mereka mungkin belum terbela, terlalu mundur, jalanraya pun belum di buat!!. Hal2 begini kita bincang di KDK. Seseorang boleh saja menjadi ahli KDK & KKS sekaligus. Bincangkan mengikut kesesuaian, hormati pendapat dan hak sesama ahli. Kali ini pasti kita lebih kukuh!!
Tuan-tuan, puan-puan, abang2 dan adik2 ku sesama Kadayan, indakah diie sadih malihat kadayan sama2 kadayan macam ani?? Siapa kian diie kita? Kita tah Kadayan atu bah.. Jan tah kita taus2 camani. Jatuh kadayan atu haatinya kita tah yang jatuh.. hina kadayan atu haatinya kita tah yg hina... Ooo uang kadayan, junjung tah bangsamu di muha bumi Tuhan ani..
'Kadayan Banaa' bainut mangunduu diie dgn maap, Yg baik datang daie Allah, yg buuk daie 'Kadayan Banaa' sandiie.
Sekadar manumpang di pisuk2..
Wasalam.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada paadian KadayanBanaa yang secara jujurnya telh membuat dua komen seperti diatas. Inilah contoh paadian yang profesional, beretika dan menghormati pendapat dan pandangan orang lain.
ReplyDeleteSelalu-selalu lah berkunjung ke blog ini dan bawalah buah tangan lain yang boleh meningkatkan dan memperpaiki ukhwah dan tali silaturrahim dikalangan umat Kadayan.
Tahniah atas penubuhan Komuniti Dunia Kadayan (KDK), semoga KKS dan KDK dapat berganding bahu demi memperkasa dan melestari umat Kadayan dimana saja mereka berada. Taima kasih lai.