Pengumuman ~ Announcements

~ SELAMAT DATANG AHLI-AHLI BARU KKS ~ JAYAKAN BERSAMA KEMPEN 1 AHLI BERDAFTAR 5 AHLI BARU ~ Pada 15.05.2010 laman Facebook Komuniti Kadayan Sejagat kini telah mencapai keahlian 4,000 orang ~ http://komunitikadayansejagat.blogspot.com/ ~

Thursday, December 24, 2009

INILAH SEBAHAGIAN DARI MATLAMAT FB KKS YANG SEBENAR

Oleh: Abdul Samat bin Kasah

Assalamualaikum wbt.

Saya tertarik dengan 'thread' yang diposkan oleh paadian Asdey Ludin di FB KKS yang memohon bantuan daripada ahli-ahli FB KKS untuk mendapatkan, yang saya percaya sejenis tumbuhan herba dan mempunyai khasiat perubatan.

Nama tumbuhan itu ialah 'kumpai' yang mana thread ini telah mendapat respon yg amat memberangsangkan dari ahli-ahli FB KKS yang ingin menolong paadian Asdey Ludin mendapatkan tumbuhan ini.

Saya sendiri tidak tahu apakah tumbuhan 'kumpai' ini yang sebenarnya. Jika ada gambar yang boleh kita kongsi bersama di FB KKS, Insya Allah saya yakin pencarian paadian Asdey Ludin akan berhasil.

'Thread' paadian Asdey Ludin berbunyi demikian:-

QUOTE - "Asdey Ludin: PERHATIAN: padian2 di maapok, limbang, miri or labuan...aku baguna 'kumpai'. mun kamu tedapat..aku sanggup mahaga... untuk ubat padianku.. mun ada tlg bagitahu." -UNQUOTE







Nafia plant yang berasal dari Taiwan










Berhampiran dengan tempat kediaman saya, terdapat sejenis tumbuhan herba yang berasal dari Taiwan dan hidup subur ditanam di iklim tropika seperti Malaysia. Tumbuhan ini diberi nama "Nafia Plant" (bukan nama saintifik). Tumbuhan herba ini dipercayai mempunyai nilai perubatan yang amat mustajab sebagai penawar penyakit barah (cancer). Dikejiranan kami terdapat seorang wanita yang telah lama menghidap penyakit barah dan pihak doktor telah mengesahkan bahawa barah wanita tersebut sudah ditahap kronik dan wanita tersebut hanya boleh bertahan paling lama selama 3 bulan untuk hidup.

Usaha diteruskan untuk mencari penawar terhadap penyakit yang dihidap oleh wanita tersebut dan beliau menemui tumbuhan herba "nafia plant' (lihat gambar}. Setelah satu tahun mengamalkan penggunaan herba berkenaan, dengan izin tuhan, penyakit beliau beransur pulih dan pada saat saya menulis rencana ini dia telah diisytiharkan bebas barah. Yang sebenarnya tumbuhan ini diambil dihadapan rumah beliau, yang telah ditanam oleh seorang jiran yang amat perihatin supaya tumbuhan herba ini boleh digunakan oleh sesiapa yang memerlukanya. Tumbuhan ini tumbuh subur tanpa sebarang baja atau pun perhatian yang rapi.

Saya tidak pasti sama ada rencana ini boleh membantu paadian Asdey Ludin, namun saya berdoa semoga pencarian beliau terhadap 'kumpai' ini akan berhasil dengan secepat mungkin. Saya juga ingin menyeru kepada semua ahli FB KKS untuk membantu paadian Asdey Ludin didalam pencarian ini. Wassalam.

No comments:

Post a Comment